Akan Berlaku Imuniti Global, WHO Jangka Pandemik Berakhir Di Eropah

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Eropah menjangkakan wabak COVID-19 akan reda untuk tempoh tertentu, sebelum ia berkemungkinan melonjak kembali akhir tahun ini.

akan berlaku imuniti global, who jangka pandemik berakhir di eropah

Demikian menurut pengarahnya, Hans Kluge yang menjelaskan Eropah bakal beralih ke fasa baharu sebelum wabak ini dihentikan sepenuhnya.

 

Menurut beliau, rantau Eropah kini sedang bergerak ke arah pengakhiran pandemik dengan kemunculan varian Omicron ketika ini.

 

Tambahnya, menjelang Mac 2022, sebanyak 60 peratus rakyat Eropah dijangka dijangkiti COVID-19 varian Omicron, sebelum berlakunya imuniti global selama beberapa minggu ataupun bulan.

 

Pihaknya juga menjangkakan COVID-19 akan reda untuk tempoh tertentu sebelum ia berkemungkinan melonjak kembali akhir tahun ini.

 

Pandangan itu turut disuarakan saintis terkemuka Amerika Syarikat (AS), Anthony Fauci susulan keadaan yang semakin baik dengan penurunan kes harian di negara terbabit.

 

Minggu lalu, WHO Afrika Selatan juga berkata kes COVID-19 di wilayah itu telah menurun dengan kes kematian yang juga menurun buat pertama kalinya sejak gelombang keempat virus varian Omicron mencapai kemuncaknya.

 

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN