WHO Cabar Siapa Yang Tahu Asal Usul COVID-19 Tampil Dengan Fakta

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencabar mereka yang mengaku lebih mengetahui akan asal usul wabak COVID-19 untuk tampil dengam fakta berkaitan.

who cabar siapa yang tahu asal usul covid-19 tampil dengan fakta

Ia selepas ada pihak yang mengkritik misi WHO dalam usaha menyiasat asal usul wabak berkenaan, dengan tujuan mengkaji bagaimana ia menular daripada haiwan kepada manusia.

Malah, Pengarah Kecemasan Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menyelar pihak yang mengecam misi tersebut dan menegaskan mana-mana individu yang mempunyai maklumat untuk tampil ke hadapan.

Kini pasukan penyiasat WHO sedang berada di lokasi pertama penyebaran wabak COVID-19 iaitu di Wuhan, China bagi mengumpulkan maklumat dan mengkaji berkenaan wabak berkenaan.

Sumber: The Borneo Post

ARTIKEL BERKAITAN