WHO Beri Amaran Pandemik Seterusnya Akan Lebih Maut Dari COVID-19

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, memberi amaran bahawa kita perlu bersedia untuk pandemik seterusnya, yang mungkin lebih maut dan bahaya daripada COVID-19.

who beri amaran pandemik seterusnya akan lebih maut dari covid-19

Beliau berkata sedemikian selepas menyatakan kes COVID-19 kini sudah mula menstabil di seluruh dunia, semasa menyampaikan laporan pada Persidangan Kesihatan Sedunia ke-76 baru-baru ini.

 

Bagaimanapun menurut beliau, walaupun kecemasan kesihatan global semasa yang disebabkan oleh COVID-19 mungkin berakhir, ia masih akan menjadi ancaman kesihatan global.

 

"Tamat COVID-19 sebagai kecemasan kesihatan global bukanlah penamat COVID-19 sebagai ancaman kesihatan global.”

 

Tambah lagi, beliau menyatakan kebimbangan tentang varian baru yang menyebabkan lebih banyak penyakit dan kematian, serta kemungkinan pathogen berbahaya lain akan muncul.

who beri amaran pandemik seterusnya akan lebih maut dari covid-19

"Ancaman varian lain yang muncul yang menyebabkan lonjakan baru penyakit dan kematian kekal, dan ancaman patogen lain yang muncul dengan potensi yang lebih maut," kata Tedros.

 

Tedros juga menyebut bahawa pandemik bukanlah satu-satunya ancaman yang kita hadapi dan menekankan kepentingan mempunyai mekanisme global yang efektif untuk merespon segala jenis kecemasan. Beliau menasihati lagi, kita perlu bersedia, tegas, dan bekerjasama apabila pandemik seterusnya tiba.

 

Katanya Tedros lagi, COVID-19 telah memberi kesan kepada matlamat yang berkaitan dengan kesihatan dalam Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), yang sepatutnya dicapai menjelang 2030. Ia juga telah menjejaskan kemajuan terhadap sasaran Triple Billion yang ditetapkan pada tahun 2017, yang bertujuan untuk meningkatkan liputan kesihatan, perlindungan daripada kecemasan, dan kesejahteraan secara keseluruhan bagi berbilion-bilion orang.

who beri amaran pandemik seterusnya akan lebih maut dari covid-19

Sebagai kesimpulan, Tedros mengakui bahawa pandemik telah mengganggu kemajuan manusia, tetapi menekankan bahawa kita masih perlu mengutamakan SDG dan bekerja dengan kecemasan untuk mencapainya, sama seperti cara kita menangani pandemik.

 

Sumber: NDTV