Mutasi Omicron XE Lebih Mudah Berjangkit, WHO Beri Amaran

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran terhadap satu mutasi baharu varian Omicron digelar XE, yang dikatakan lebih mudah berjangkit berbanding dengan mana-mana varian COVID-19 sebelum ini.

mutasi omicron xe lebih mudah berjangkit, who beri amaran

Menurut laporan WHO, varian itu adalah gabungan mutasi hibrid dua versi terdahulu bagi Omicron iaitu BA.1 dan BA.2.

.

Agensi itu menramalkan mutasi XE ini kira-kira 10 peratus lebih mudah berjangkit berbanding sub-varian BA.2, namun mereka masih perlu membuat kajian lanjut bagi mengesahkan perkara ini.

.

Ketika ini, subvarian BA.2 telah menular di seluruh dunia dengan menjadi varian paling mudah berjangkit di kebanyakan negara. Manakala varian XE telah mula dikesan di Britain pada 19 Januari lalu dengan kurang dari 600 kes dilaporkan.

.

Tambah WHO lagi, selagi ciri-ciri penting seperti kesan terhadap pesakit dan jangkitan belum dikenalpasti dalam mutasi XE, selagi itu ia akan terus diklasifikasikan sebagai sebahagian daripada varian Omicron.

.

Menurut Agensi Keselamatan Kesihatan Britain, kini terdapat tiga mutasi gabungan yang menular di dunia iaitu XD, XE, dan XF.

.

XD adalah gabungan Delta dan subvarian BA.1, dikesan di Perancis, Denmark dan Belgium. XE pula gabungan subvarian BA.1 dan BA.2 yang ditemui di Britain, manakaka XF adalah gabungan Delta dengan BA.1

.

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN