Jangkitan Dari Haiwan Kepada Manusia Makin Kerap, WHO Beri Amaran

Wabak penyakit endemik seperti cacar monyet dan demam lassa akan menjadi lebih berterusan dan kerap, demikian menurut Pengarah Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Mike Ryan.

jangkitan dari haiwan kepada manusia makin kerap, who beri amaran

Menurut beliau, perubahan iklim dunia menjadi penyebab kepada perubahan tingkah laku haiwan dan manusia, termasuklah tabiah mencari makanan. Disebabkan "kerapuhan ekologi" ini lah, patogen yang biasanya beredar dalam haiwan semakin mula berpindah kepada manusia.

.

Sebagai contoh, kini terdapat trend peningkatan dalam kes demam Lassa, iaitu penyakit virus akut yang disebarkan oleh tikus ke Afrika.

jangkitan dari haiwan kepada manusia makin kerap, who beri amaran

Beliau turut mengulas mengenai kes cacar monyet yang terus meningkat di luar Afrika, di mana patogen itu adalah bersifat endemik, bukannya pandemik seperti wabak COVID-19.

.

Pada hari Rabu, WHO berkata setakat ini mereka telah menerima laporan lebih daripada 550 kes disahkan penyakit virus cacar monyet dari 30 negara di luar Afrika sejak laporan pertama pada awal Mei.

.

Sementara itu, walaupun kes COVID-19 kini semakin berkurangan secara global, terdapat wilayah seperti Amerika dengan trend yang membimbangkan, kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus.

.

Di Korea Utara, terdapat lebih 3.7 juta kes orang yang demam, yang besar kemungkinan adalah wabak Covid-19. Negara itu mengisytiharkan darurat dan mengenakan penutupan di seluruh negara bulan lalu.

.

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN