WHO Beri Amaran Jangan Ambil Mudah Dengan Omicron, Ia Masih Boleh Sebabkan Maut

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak memandang ringan terhadap varian Omicron kerana ia juga berisiko menyebabkan maut.

who beri amaran jangan ambil mudah dengan omicron, ia masih boleh sebabkan maut

Kajian terbaru mendapati bahawa varian terbabit akan mengurangkan komplikasi sekiranya dijangkiti dan bukan seperti varian-varian sebelumnya.

Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus bagaimanapun berkata kes jangkitan yang meningkat mendadak mengakibatkan banyak sektor perkhidmatan kesihatan semakin berada dalam tekanan.

“Walaupun Omicron kelihatan kurang teruk berbanding Delta, terutamanya bagi mereka yang divaksinasi, tidak bermakna ia boleh dikategorikan sebagai ringan,” kata Tedros.

Omicron sangat cepat menular dan berupaya menjangkiti individu lain walaupun mereka telah menerima vaksin sepenuhnya.

Namun, vaksin kekal penting bagi melindungi daripada komplikasi teruk sehingga dimasukkan ke hospital.

 

Sumber: [1]