9 Maut Akibat Wabak Marburg, WHO Adakan Mesyuarat Tergempar

Susulan daripada situasi terkini wabak Marburg yang telah mengorbankan sekurangnya sembilan nyawa di Benua Afrika, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akhirnya telah mengadakan satu mesyuarat tergempar.

9 maut akibat wabak marburg, who adakan mesyuarat tergempar

Virus Marburg adalah salah satu wabak maut yang menyebabkan demam berdarah dengan nisbah kematian hingga 88 peratus berbanding wabak Ebola. Ia tersebar daripada haiwan iaitu kelawar buah dan merebak antara manusia menerusi sentuhan langsung pada cecair badan pesakit atau permukaan.

 

Sembilan nyawa daripada 16 kes disyaki telah disahkan maut susulan dari wabak yang pertama kali tercetus di Equatorial Guinea. Ekoran itu, WHO pantas mencari solusi dan membincangkan kemajuan mengenai jenis-jenis vaksin dan rawatan terhadapnya.

9 maut akibat wabak marburg, who adakan mesyuarat tergempar

“Marburg sangat berjangkit. Atas tindakan pantas dan tegas oleh pihak berkuasa Equatorial Guinea dalam mengesahkan penyakit itu, tindak balas kecemasan dapat dilaksanakan dengan cepat supaya banyak nyawa dapat diselamatkan,” kata Pengarah Wilayah WHO untuk Afrika, Dr. Matshidiso Moeti.

 

Antara gejalan jangkitan virus ini adalah demam, keletihan, cirit-birit dan muntah berdarah. Gejala itu berlaku pantas dan pesakit biasanya mengalami pendarahan teruk dalam masa tujuh hari.

9 maut akibat wabak marburg, who adakan mesyuarat tergempar

Pesakit yang dijangkiti juga akan menunjukkan ciri-ciri seperti bola mata mendalam, wajah tanpa ekspresi dan kelesuan melampau.

 

Sumber: Kosmo!