WhatsApp Tidak Lagi Boleh Digunakan Pada Model-Model Telefon Bimbit Ini

Mulai November ini, jutaan pengguna aplikasi WhatsApp akan terjejas selepas aplikasi itu mengumumkan senarai peranti dan model yang tidak boleh menggunakan WhatsApp.

whatsapp tidak lagi boleh digunakan pada model-model telefon bimbit ini

Ia adalah bagi menyokong teknologi baharu yang akan dan telah diperkenalkan aplikasi permesejan popular itu kepada semua penggunanya di serata dunia.

 

Secara amnya, pengguna dengan Android 4.0.4 dan sebelumnya atau iPhone dengan iOS 9 dan terdahulu tidak akan mendapat akses kepada WhatsApp bermula 1 November, termasuklah hilang fungsi menghantar dan menerima mesej, membuat panggilan video dan lain-lain.

whatsapp tidak lagi boleh digunakan pada model-model telefon bimbit ini

Ia juga bermaksud, model-model berikut juga akan hilang akses kepada aplikasi WhatsApp:

  • Samsung Galaxy S3 Mini, Trend II, Trend Lite, Core, Ace 2
  • LG Optimus F7, F5, L3 II Dual, F7 II, F5 II
  • Sony Xperia
  • Huawei Ascend Mate dan Ascend D2
  • Apple iPhone SE, 6S, dan 6S Plus

 

WhatsApp juga telah menambah banyak ciri baru tahun ini seperti mesej yang hilang sendiri, panggilan kumpulan yang boleh digabungkan, dan pelekat. WhatsApp mendakwa ia menghentikan sokongan untuk telefon lama ini bagi memastikan aplikasinya tetap berjalan dengan lancar dan selamat.

 

Sumber: [1]