Aplikasi komunikasi popular, WhatsApp dilaporkan sedang mencuba satu lagi ciri baru. Kali ini, mereka sedang menghasilkan ciri Search The Web di mana ia membantu pengguna untuk mendapatkan maklumat akan informasi yang di-forward.
Berdasarkan hantaran blog aplikasi itu, ikon gelas kantan akan muncul di sebelah mesej yang di-forward. Jadi, pengguna hanya perlu menekan ikon tersebut dan carian Google akan dilancarkan.
Pengguna boleh mencari keputusan carian berdasarkan berita atau sumber-sumber yang ada kaitan dengan maklumat yang diterima.
Kalau korang tengok contoh yang diberikan, ciri ini membolehkan pengguna mendapatkan maklumat yang sahih.
Buat masa ini ciri ini masih dalam peringkat percubaan dan hanya terdapat di beberpa negara seperti Brazil, Itali, Ireland, Mexico, Sepanyol, United Kingdom dan United States.
Setakat ini juga, pengguna Android, iOS dan WhatsApp Web dari negara-negara tersebut dapat menggunakan ciri itu.
Sumber: WhatsApp