WhatsApp berkemungkinan sedang mengusahakan ciri yang boleh menyembunyikan status dalam talian pada aplikasi itu untuk para pengguna, menurut WABetaInfo.
Ciri baru itu dijangka akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Selepas mengumumkan ia sedang membangunkan beberapa ciri utama seperti kemungkinan menyunting mesej teks, syarikat itu kini dikatakan sedang mengusahakan pula ciri menyembunyikan status dalam talian pengguna untuk kemaskini aplikasi pada masa depan.
Dalam laporannya, WABetaInfo menyatakan bahawa selama ini, ramai pengguna WhatsApp meminta ciri untuk menyembunyikan status dalam talian mereka. Ia berikutan, ada antara mereka yang mahu menghantar teks tanpa diganggu orang lain, atau berasa diintai oleh seseorang.
“Kami tahu ramai orang mahukan ciri ini, jadi kami juga mencipta konsep untuk melumpuhkan status dalam talian tahun lepas, itu cara yang baik untuk berkongsi maklum balas dengan WhatsApp,” katanya dalam laporan itu.
Oleh itu, selepas mengambil kira maklum balas pengguna, WhatsApp sedang membangunkan ciri yang membolehkan pengguna memilih siapa yang boleh melihat status dalam talian mereka apabila mereka membuka aplikasi untuk menghantar mesej atau berbual, atau mengemas kini status mereka.
Sumber: [1]