WhatsApp Akan Tambah Benda Baru Lagi!

whatsapp akan tambah benda baru lagi!

Setiap bulan ada je benda baru yang WhatsApp tambah pada aplikasinya. Semestinya 2 billion pengguna WhatsApp akan gembira dengan tiga baru yang akan datang ini.

1. Sokongan beberapa peranti

Ciri terbaru yang akan WhatsApp tambah ialah sokongan pada beberapa peranti. Kiranya korang boleh buka satu akaun WhatsApp pada peranti yang berbeza. So, kalau korang ada beberap telefon boleh la buka akaun WhatsApp yang sama.

2. Sokongan Wallpaper baru

Yeay! WhatsApp akan memperkenalkan wallpaper baru. Jadi, boleh lah tukar wallpaper WhatsApp tu. Bukan tu je, pengguna juga boleh menentukan tema yang mahu digunakan pada aplikasi tersebut.

3. Expiring media

Weh, yang ni fungsi yang paling best. Tapi fungsi ni baru dalam tempoh percubaan. Fungsi ni akan memadam image, video, GIF secara automatic apabila pengguna meninggalkan chat tersebut. Perghh! Best ni!

 

Sumber: Indian Express