Man Wei Chong-Tee Kai Wun Juara Terbuka Taiwan

Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun cipta sensasi apabila muncul juara kejohanan badmninton Terbuka Taiwan! 

Lebih manis, beregu muda ni kejutkan juara Olimpik 2020 yang juga wakil tuan rumah, Lee Yang-Wang Chi Lin pada aksi final semalam. 

man wei chong-tee kai wun juara terbuka taiwan

Power! 

Mereka mulakan saingan dengan cemerlang apabila menang set pertama. 

Masuk set kedua, motivasi dah turun sikit apabila kalah 11-21 kepada lawan. 

Tapi, masuk set ketiga, saingan memang sengit antara Malaysia dan Taiwan dan akhirnya kemenangan berpihak kepada Wei Chong dan Kai Wun. 

Ini merupakan kemenangan kedua Man Wei Chong-Tee Kai Wun musim ini selepas muncul juara Kejohanan Antarabangsa India, Januari lalu. 

Mereka juga berjaya pertahankan gelaran yang dimenangi Goh V Shem-Tan Wee Kiong pada 2019. 

Mesti korang pelik kan macam mana boleh pertahankan kejuaraan kalau kali terakhir Malaysia menang ialah pada 2019? Haa, kejohanan Terbuka Taiwan ni tidak dianjurkan selama 2 tahun sebelum ini kerana COVID-19.  

Bila dianjurkan semula, tepat pulak Malaysia menang lagi sekali kategori beregu lelaki. 

Satu lagi fakta menarik dalam perjalanan mereka untuk menjuarai Terbuka Taipei ni ialah mereka hanya berdepan dengan wakil tuan rumah daripada pusingan pertama sampai lah ke final. Langsung tak berdepan dengan lawan dari negara lain! 

Kemenangan mereka ini juga diharap mampu jadi pembakar semangat kepada skuad badminton negara untuk meraih lebih banyak kejuaraan musim ini. Yelah, beberapa kejohanan sebelum ni Malaysia mesti tersangkut dekat peringkat suku akhir atau separuh akhir. Ada jugak yang masuk final, tapi kalah jugak. 

Kejohanan terdekat buat wakil negara adalah Sukan Komanwel yang bakal buka tirai Khamis ini. 

man wei chong-tee kai wun juara terbuka taiwan

Jom kita sokong semua atlet negara supaya mereka lebih bersemangat untuk cipta kejayaan dan harumkan nama negara di mata dunia. 

Selamat Maju Jaya Wira Wirawati Negara! 

 

Oleh Izzati Amir