Waspada Insiden Siber, Elak Jadi Mangsa

Soalan cepumas. Apa benda yang dah diingatkan banyak kali tapi tetap kena ingatkan jugak berkali-kali? Hehehe kacang je kan jawapannya….pasal internetlah. Dunia maya yang penuh tipu daya ni eh! Takdelah penuh tapi memang banyaklah kesnya…dan terus meningkat seiring dengan kebergantungan kita kat dunia siber. 

waspada insiden siber, elak jadi mangsa

AWANI (gambar hiasan) 

Geng, tahun lepas je Malaysia catat lebih 20,000 kes jenayah siber mengakibatkan kerugian berjumlah RM560 juta. Tuuudia! Menurut Kementerian Dalam Negeri, ni antaranya membabitkan buli siber, pemalsuan, pencerobohan, memancing data dan penipuan e-mel. Jadi sebab tu jugak SKMM baru-baru ini mintak orang ramai mengaktifkan pensahihan dua-faktor bagi akaun media sosial dan aplikasi mesej. Ni untuk elak daripada jadi mangsa pengambilalihan akaun bagi tujuan penipuan. Lagi satu elak kongsi sebarang kod pengesahan bagi transaksi dan urusan secara dalam talian. Macam mana pulak kalau dah jadi mangsa? Ha mangsa boleh buat aduan secara terus kepada pengendali platform atau SKMM. 

Oh ya baru-baru ini ada 1 insiden pasal keselamatan siber. Kali ni satu penyedia penyelesaian pembayaran dalam talian sahkan berlaku insiden keselamatan siber yang mungkin jejas data penggunanya. Sekarang ni mereka bekerjasama dengan pihak berkuasa dan guna khidmat pakar siber untuk tangani insiden tu. Kementerian Komunikasi dan Multimedia pulak bagi tahu  siasatan sedang dikendalikan oleh Jabatan Perlindungan Data Peribadi. Sehubungan dengan tu, persatuan perbankan beri jaminan kepada pemegang kad bahawa data milik mereka selamat walaupun berlaku insiden tersebut. Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia jugak dah buat pendekatan lebih berjaga-jaga bagi tangani pelanggaran keselamatan siber.

Akhir kata KJ cuma nak cakap, samalah macam lajunya perkembangan teknologi, ‘scammer’ ni pun penuh semangat dan ‘rajin’ berinovasi nak jerat mangsa, jadi hati-hati semua! 

 

Oleh: KJ 

Sumber & gambar:  AWANI, Sinar Harian, Harian Metro, Berita Harian & internet