Wartawan Kelahiran Malaysia Rangkul Hadiah Pulitzer

Wartawan kelahiran Malaysia, Marcus Yam yang berkhidmat untuk Los Angeles Times, telah memenangi Hadiah Pulitzer untuk gambar kejatuhan Kabul, Afghanistan, kepada pejuang Taliban pada musim panas lalu.

wartawan kelahiran malaysia rangkul hadiah pulitzer

Menurut Los Angeles Times, Yam mengambil gambar tentang apa yang berlaku di Afghanistan itu walaupun dikasari Taliban.

“Apabila A.S. mengumumkan bahawa ia akan menarik tentera Amerika keluar dari Afghanistan, Yam percaya ini tidak berakhir dengan baik dan dia perlu berada di lapangan melaporkannya dari awal sehingga akhir. Kami, sudah tentu, bersetuju kerana kami mempercayainya dan kami tahu dia akan menghasilkan karya cemerlang,” kata laporan itu.

Walaupun anugerah tersebut adalah untuk fotografinya, namun apa yang sama mengagumkan ialah kebolehannya mengemudi sesuatu yang tidak menentu, tambah laporan itu.

Yam menjadi wartawan Los Angeles Times keenam yang memenangi Pulitzer untuk kategori fotografi.

Beliau juga merupakan wartawan kelahiran Malaysia pertama yang pernah memenangi Pulitzer untuk fotografi.


Sumber: [1]