Tutup Aurat Dalam Rumah Sendiri, Warga Palestin Sedia Syahid Andai Kediaman Tiba-Tiba Dibom

Pertempuran yang berlaku di bumi Palestin sejak 7 Oktober lalu, kini genap sebulan dan telah mengorbankan banyak nyawa serta merosakkan pelbagai harta benda.

“kanak-kanak gaza sedang nazak, bagaimana anda boleh tidur malam?”

Lebih menyayatkan hati, warga Palestin dikatakan akan menutup aurat mereka dengan memakai pakaian solat ketika berada dirumah, bertujuan bagi memastikan aurat terjaga andai ditakdirkan menemui ajal sekiranya kediaman mereka tiba-tiba dibom rejim Zionis Israel.

 

Perkara itu dikongsikan kembali dalam sebuah rakaman video oleh Toyor Al-Jannah dari Jordan.

 

“Biasanya, kami akan pakai pakaian solat dan bersiap seperti hendak keluar rumah.

“Hal ini kerana, kami jangka bila-bila masa sahaja, kami boleh meninggal dunia akibat dibom.

“Kami akan berkumpul dalam satu bilik, jadi kalau mati, kami akan mati bersama.

“Kami akan membaca Al-Quran dan meminta Allah SWT memberikan kami jalan keluar daripada semua ini. Menang atau kalah itu tidak apa yang dirisaukan sebab ia sudah dijanjikan Tuhan.

“Mungkin kami jadi kuat sebab itu. Kami tak takut mati, sebab mati bermakna syahid dan mereka yang mati syahid akan berada di syurga dengan izin Allah SWT,” demikian menurut wanita dari Palestin itu.

 

Tambahnya lagi, ia berbeza dengan rejim Zionis yang dilihat sangat takut untuk mati, yang jelas menjadikan Israel sebagai bangsa pengecut.

 

Menerusi satu foto tular, seorang wanita Gaza dilihat menutup kepalanya dengan sehelai pakaian bagi mengelakkan auratnya terdedah disamping memegang senaskah al-Quran ketika mendapatkan rawatan.

tutup aurat dalam rumah sendiri, warga palestin sedia syahid andai kediaman tiba-tiba dibom

Baca: “Kanak-Kanak Gaza Sedang Nazak, Bagaimana Anda Boleh Tidur Malam?”

Baca lagi: Diserang Netizen Seluruh Dunia, Wonder Woman Pengecut Tutup Komen IG

 

Sumber: Gempak / Kosmo!