Ramai Tumpang Gembira Lihat Reaksi Warga Korea Makan Roti Jala Kari Ayam [Video]

Hidangan roti jala bersama kuah kari ayam adalah antara menu ‘wajib’ setiap kalu potluck ataupun jamuan di kebanyakkan tempat di negara ini.

ramai tumpang gembira lihat reaksi warga korea makan roti jala kari ayam [video]

Namun siapa sangka hidangan tradisi itu turut mendapat tempat di hati rakyat Korea Selatan?

 

Menerusi video yang dikongsikan menerusi Tiktok @fikriakram91, beliau dilihat menjamu rakan sekerjanya di Korea Selatan dengan hidangan roti jala kari ayam.

ramai tumpang gembira lihat reaksi warga korea makan roti jala kari ayam [video]

Video itu menunjukkan Fikri memasak sendiri hidangan berkenaan termasuk kuah kari ayam yang dimasak olehnya sebelum dibawa ke pejabat untuk dihidang kepada rakan sekerja beliau.

 

@fikriakram91 Roti Jala + Kari Ayam dekat Korea? No hal! Lets goooo. Alhamdulillah, dapat officemate korea yang baik juga satu rezeki. Kalau boss tak sayang tak tahulah, kah! 😆 #korealife #malaysian #fyp #fypシ #southkorea #koreanpeople ♬ bunyi asal - nostalgia lagu lama&baru - M.Riduan_Oficial92

 

Dalam video itu juga, dapat dilihat rakan sekerja lelaki ini cukup berselera menikmati makanan yang dibawa dan ada juga yang menambah kerana katanya sedap.

ramai tumpang gembira lihat reaksi warga korea makan roti jala kari ayam [video]

ramai tumpang gembira lihat reaksi warga korea makan roti jala kari ayam [video]

Video tersebut mendapat perhatian ramai dan rata-rata teruja melihat reaksi rakan sekerja Fikri dari Korea Selatan itu. Malah, ada juga yang memuji beliau kerana pandai memasak dan memperkenalkan hidangan menu Malaysia kepada orang luar.

 

Sumber: Tiktok