Suntik Vaksin COVID-19 Mungkin Jadi Acara Tahunan Di AS

Suntikan vaksin COVID-19 kepada penduduk di Amerika Syarikat selepas ini mungkin akan dibuat setiap tahun.

suntik vaksin covid-19 mungkin jadi acara tahunan di as

Perkara itu diumumkan pegawai kesihatan ketika dos penggalak baharu yang dihasilkan untuk memerangi penularan varian dilancarkan baru-baru ini.

 

Bagaimanapun langkah itu perlu diperhalusi dan dikaji sebelum ia disyorkan kepada umum.

 

Menurut Menteri Kesihatan AS, Xavier Becerra berkata warga AS boleh mendapatkan dos penggalak baharu pada musim luruh atau sejuk akan datang, bersama dengan suntikan tahunan vaksin selesema.

 

Suntikan vaksin secara tahunan ini juga dikatakan mampu memberikan tahap perlindungan tinggi daripada jangkitan teruk sepanjang tempoh berkenaan.

 

Cadangan ini turut disokong Pengarah Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, Rochelle Walensky. Jelasnya, langkah ini juga mampu menyelamatkan ribuan nyawa.

 

Sumber: Utusan