Cinta Tidak Mengenal Usia, Wanita Ini Berkahwin Dengan Lelaki Yang 24 Tahun Lebih Muda Darinya

Seorang wanita asal Indonesia mencuri perhatian ramai selepas mengahwini pemuda yang berusia 24 tahun lebih muda daripadanya.

cinta tidak mengenal usia, wanita ini berkahwin dengan lelaki yang 24 tahun lebih muda darinya.

Dalam video TikTok miliknya, Rusdian berkongsi detik perkahwinannya bersama suami yang dihadiri keluarga terdekat pasangan pengantin dengan coretan tahun lahir masing-masing, “1967 dan 1991”.

 

@rusdian186

alhamdulillah..terima kasih ya yg mendoakan sy dgn suami😍

♬ original sound - rusdian186

 

Difahamkan, Rusdian sebenarnya berasal dari Palembang, Indonesia namun kini menetap di Malaysia. Wanita yang mempunyai tiga cahaya mata hasil dari perkahwinan sebelum ini turut menambah perkahwinannya bersama suami, Yoga, berlangsung pada 10 Julai 2022.

Selain itu, Rusdian juga mengaku yang dia sering menerima beberapa soalan daripada netizen yang ingin mengetahui kisah perkahwinannya dengan Yoga. Tidak terhenti di situ, ada juga netizen lain yang mengatakan suaminya lebih sesuai dijadikan anak angkat olehnya.

“Kenapa saya perlu risau, saya sudah sah bernikah. Jadi saya tidak berasa tidak selesa, untuk pengetahuan anda semua suami saya bertanggungjawab, saya redha dan suami sayangkan saya,” kata Rusdian.

Menurutnya lagi, walaupun umur mereka jauh berbeza, dia mengakui Yoga ialah seorang yang bertanggungjawab dan mampu membimbingnya dengan baik dalam kehidupan berumahtangga. Dia juga tidak kisah perbezaan umur mereka, dan berkata dia gembira dengan perkahwinan itu.

“Suami sayalah yang membimbing saya walaupun dia masih kecil tetapi dia bertanggungjawab, maklumlah sebagai suami,” kata Rusdian.

 

Sumber: detik