Wanita Tertua Di Dunia Meninggal Pada Usia 119 Tahun

Kane Tanaka, seorang wanita yang pernah memegang rekod dunia sebagai wanita tertua di dunia, dilapor meninggal dunia ketika usianya 119 tahun.

wanita tertua di dunia meninggal pada usia 119 tahun

Beliau dilaporkan meninggal dunia pada 19 April lalu selepas dikatakan mengalami beberapa masalah kesihatan.

.

Perkara itu turut disahkan ahli keluarga Tanaka beberapa minggu sebelum mendiang meninggal dunia ekoran daripada beberapa masalah kesihatan hingga memaksanya dikejarkan ke hospital beberapa kali.

.

Tanaka dilahirkan pada 2 Januari 1903, iaitu tahun yang sama adik-beradik Wright menerbangkan kapal terbang pertama dunia.

wanita tertua di dunia meninggal pada usia 119 tahun

Beliau berkahwin dengan Hideo Tanaka pada Januari 1922 dan dikurniakan lima orang anak.

.

Dalam catatan di akaun rasmi Twitter, Guinness mengesahkan Tanaka merupakan individu kedua tertua dalam rekod.

"Mendiang menjadi individu tertua pada Januari 2019 berusia 116 tahun dan 28 hari.

"Mendiang juga merupakan individu kedua tertua dalam rekod di belakang Jeanne Calment yang meninggal dunia pada usia 122 tahun," katanya.

 

 

Rekod wanita tertua di dunia kini dipegang oleh wanita Perancis, Andre yang berusia 118 tahun dan 73 hari. Beliau juga merupakan individu tertua di dunia yang pulih daripada jangkitan COVID-19.

.

Sumber: [1]