Wanita Tertua Dunia Meninggal Di Usia 119 Tahun

Wanita tertua di dunia, Kane Tanaka menghembuskan nafas terakhirnya di usia 119 tahun.

wanita tertua dunia meninggal di usia 119 tahun

Memetik kenyataan di laman web rasmi Guinness World Records, Tanaka meninggal dunia pada 19 April lalu.

Terdahulu, Tanaka mengalami beberapa masalah kesihatan yang memaksanya untuk dikejarkan ke hospital beberapa kali, seperti mana yang dikongsikan ahli keluarganya di Twitter seminggu sebelum dia meninggal dunia.

Menurut Guinness, Tanaka dilahirkan pada 2 Januari 1903, tahun yang sama adik-beradik Wright menerbangkan kapal terbang pertama dunia.

Pada Januari 1922, wanita itu berkahwin dengan Hideo Tanaka yang mana pasangan tersebut dikurniakan lima cahaya mata.

Ketika Hideo berkhidmat sebagai anggota tentera semasa Perang Sino-Jepun Kedua, Tanaka membantu menjalankan perniagaan kedai makan keluarga suaminya.

Anak lelaki pertama pasangan ini, Nobou pernah ditahan tentera Soviet Union ketika Perang Dunia Kedua dan hanya dibebaskan pada 1947.

Menerusi catatan di akaun tasmi Twitter, Guinness mengesahkan bahawa wanita ini merupakan individu kedua tertua dalam rekod.

“Mendiang menjadi individu tertua pada Januari 2019 berusia 166 tahun dan 128 hari.

“Mendiang juga merupakan individu kedua tertua dalam rekod di belakang Jeanne Calment yang meninggal dunia pada usia 122 tahun,” jelasnya.

Pada saat ini, individu tertua dunia adalah Sister Andre, seorang biarawan Perancis yang kini berusia 118 tahun dan 73 hari, kata Guinness.

Sister Andre juga merupakan individu dunia yang pulih daripada jangkitan COVID-19.

 

Sumber: [1]