Buat mereka yang memakai tudung, pasti sudah biasa dengan situasi bila mana perlu meletakkan jarum peniti atau pin yang tajam bagi memastikan tudung terletak elok pada tempatnya.
Ada antara kita yang akan meletakkan pin tudung itu pada span, dan ramai juga yang akan mengemam pada bibir buat sementara.
Tindakan mengemam itu nyata mengundang padah buat seorang wanita dari Indonesia ini apabila secara tidak sengaja tertelan jarum peniti ketika hendak memakai tudung.
Menerusi klip video yang tular, jarum peniti ditemui dalam badan seorang wanita selepas menjalani imbasan sinar-X.
Menurut laporan, pesakit secara tidak sengaja tertelan sebarang jarum semasa hendak memakai tudung. Pesakit juga telah mengemam jarum itu pada bibirnya.
“Sekadar mengingatkan, ini imbasan X-ray seorang pesakit. Abdomen pesakit itu didiagnosis mempunyai corpus alienum atau kewujudan benda asing dalam tubuh.
“Ini kes wanita berhijab tetapi meletakkan jarum peniti di mulut. Akhirnya dia tertelan jarum itu.
“Nampak tak? Jarum dah masuk ke dalam usus. Kalau tersekat lebih 12 jam, pembedahan akan dijalankan,” kata perakam tersebut.
Video itu nyata mendapat perhatian ramai warganet yang turut berasa takut sekiranya berhadapan dengan situasi seperti ini.
Sumber: Tiktok