Fulamak! Kena Lamar Dengan Pemuda Arab, Wanita Jelita Ini Terima Mas Kahwin RM300,000

Bertuah doktor wanita di Indonesia ini apabila beliau menerima mas kahwin berjumlah RM300,000.

fulamak! kena lamar dengan pemuda arab, wanita jelita ini terima mas kahwin rm300,000

Dr Dina Faradhillah Samsu, 25, yang berasal dari Kecamatan Angata, Kabupaten, Sulawesi Tenggara, Indonesia menerima pinangan pemuda Arab Saudi yang bernama Dr Ahmed Tariq Seid Ahmad Ali.

Memetik laporan Tribunnews, pasangan itu mempunyai latar belakang yang bukan calang-calang yang mana mereka merupakan pegawai perubatan lulusan Fakulti Perubatan di Capital Medical University (MCU) Beijing, China.

Menurut bapa kepada bakal pengantin perempuan itu sendiri, anak dan bakal menantunya itu telah menyulam cinta selama empat tahun sebelum akhirnya mengambil keputusan untuk bertunang.

Mereka difahamkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada Disember 2022.

 

Sumber: [1]