Gadis Ini Derita Penyakit Tidak Boleh Senyum, Kini Jadi Inspirasi Ramai

Seorang wanita berusia 24 tahun tetap tabah menghadapi kehidupan meskipun dirinya tidak boleh senyum.

wanita tabah dilahirkan dengan tidak boleh senyum

Tayla Clement dari New Zealand menghadapi kesukaran untuk menggerakkan matanya dari kiri ke kanan, mengangkat kening serta menggoyangkan bibir atas.

 

Dikenali sebagai sindrom Morbius, Clement berkata dia pernah menjalani pembedahan tisu dari peha ke wajahnya pada usia 12 tahun, dalam usaha membolehkannya tersenyum.

wanita tabah dilahirkan dengan tidak boleh senyum

Bagaimanapun prosedur pembedahan itu gagal.

 

Akibat daripada masalah itu, beliau sering dibuli ketika di sekolah.

wanita tabah dilahirkan dengan tidak boleh senyum

"Saya diketawakan. Kanak-kanak akan menjerit di muka saya, dan mereka takut kepada saya tetapi kemudian melarikan diri sambil ketawa. Saya berasa sangat terpencil.

"Ia tidak semudah itu, saya menghabiskan banyak tahun dengan membenci senyuman ini dan berharap saya mempunyai senyuman normal," katanya.

 

Masalah itu turut membuatkan dirinya tertekan hingga pernah cuba membunuh diri sebanyak enam kali sebelum ini.

wanita tabah dilahirkan dengan tidak boleh senyum

Namun perjalanan hidup wanita ini berubah apabila dihubungi Para Athletics New Zealand sebelum setuju menyertai sukan olahraga acara lontar peluru. Beliau juga pernah meraih tempat pertama dalam Kejohanan Negeri Victoria di Melbourne pada 2018, sebelum memecahkan rekod dunia pada Kejohanan Kebangsaan New Zealand.

 

Clement yang kini sudah bersara dari dunia sukan aktif berkongsi mengenai penyakitnya itu bersama ribuan pengikutnya di Instagram.

 

Sumber: [1]