Wanita Tengah Jalan Raya Punca Trafik Sesak Teruk

Seorang wanita dilihat dengan selamba berjalan di tengah jalanraya hingga menyebabkan kesesakan teruk di Magetan, Jawa Timur baru-baru ini.

wanita tengah jalan raya punca trafik sesak teruk

Menerusi rakaman 25 saat yang tular menunjukkan wanita itu berjalan santai tanpa mempedulikan lalu lintas, malah turut memarahi pengguna jalan raya lain yang memintanya ke tepi.

 

Perkara itu mendapat perhatian pihak berkuasa yang menerima laporan mengenai seorang wanita berjalan di tengah jalan raya tanpa mengendahkan trafik.

 

“Polis dikerah ke lokasi kejadian dan membawa wanita itu ke balai polis sebelum menyerahkannya kepada keluarganya.

“Trafik kembali lancar selepas wanita itu dibawa ke balai polis,” kata jurucakap polis dalam satu laporan.

Bagaimanapun polis tidak menyatakan kemungkinan sama ada wanita itu mempunyai gangguan mental mahupun sebaliknya.

 

Sumber: Kompas

 

ARTIKEL BERKAITAN