“Saya Bangga Keluarga Saya Semuanya Syahid,” Luah Wanita Palestin [Video]

Seorang wanita Palestin berulang kali menyebut bahawa beliau reda dengan takdir selepas seluruh keluarganya terbunuh dalam serangan kejam rejim Zionis di Semenanjung Gaza.

“saya bangga keluarga saya semuanya syahid,” luah wanita palestin [video]

Meskipun wajahnya kelihatan sedih, beliau dilihat tersenyum acap kali memberitahu orang ramai bahawa keluarganya telah syahid.

 

“Saya bangga keluarga saya semuanya syahid.

“Beritahu semua orang saya sangat bangga. Ahli keluarga saya syahid dan saya gembira untuk mereka,” luahnya.

“saya bangga keluarga saya semuanya syahid,” luah wanita palestin [video]

Video itu telah dikongsikan wartawan Palestin, Hani Abu Rezeq menerusi Instagram dan menarik perhatian ramai warganet.

 

 

Menurut wartawan itu, keluarga wanita berkenaan dan lebih 100 penduduk lain terbunuh dalam serangan tentera Israel yang bertindak membedil bandar Deir Alym.

 

Konflik di bumi Gaza kini memasuki hari ke-76 dengan kematian sudah melebihi 20,000 orang dengan 70 peratus daripadanya adalah golongan wanita dan kanak-kanak.

 

Sumber: Instagram @hani.aburezeq