Gara-gara kehabisan mask, seorang wanita dari Luzhou, China yang dikenali sebagai He terpaksa memakai kostum zirafah untuk ke hospital kena bimbang dijangkiti Covid-19.
Katanya, dia dah banyak kali pakai kostum sebab mask di kawasan tempat tinggalnya dah kehabisan stok.
Memandangkan dia sihat, dia rasa bertanggungjawab untuk membeli barang dapur dan mengambil ubat bapanya di hospital.
Sebelum penularan Convid-19, bapa He kerap berkunjung ke jabatan respiratori hospital kerana dia mempunyai permasalahan pernafasan.
Difahamkan, He turut memiliki kostum alien selain dari kostum zirafah.