Wanita Kena Tampar Dengan Durian Akibat Tak Bayar Hutang RM80 Ribu

Akibat tidak mampu membayar hutang, seorang wanita disambar durian oleh seorang pengutip hutang sehingga menyebabkan mukanya berlumur darah di wilayah Lamphun, Thailand.

wanita kena tampar dengan durian akibat tak bayar hutang rm80 ribu

Wanita yang dikenali sebagai Duangduen sedang memarkir motosikalnya ketika dia didakwa ditampar di mukanya dengan kulit durian berduri pada 17 Julai lalu oleh seorang wanita lain yang dikatakan pemungut hutangnya.

Penyerang bagaimanapun dilaporkan melarikan diri dari tempat kejadian dengan menaiki kenderaan awam, meninggalkan Duangduen dengan muka berdarah.

Duangduen mengaku yang dia meminjam kira-kira 20,000 baht (RM2450) daripada peminjam wang tahun lalu untuk membuka kedai dengan rakannya.

Namun, disebabkan masalah kewangan, dia berkata faedah pembayaran semulanya bertukar menjadi 700,000 baht (RM85,762).

Memetik laporan Nextshark, rakan Duangduen dikatakan melarikan lari kerana ketakutan serta meninggalkan dia untuk menangani akibatnya secara bersendirian.

Sehingga kini, Duangduen berkata dia masih diancam oleh pemungut hutang tersebut.


Sumber: Nextshark