Seorang wanita yang juga pesakit dari Bandaraya New York menjadi yang pertama di dunia sembuh daripada virus kurang imun (HIV).
Beliau yang sembuh selepas menerima rawatan sel stem di Pusat Perubatan Presbyterian Weill Cornell berjaya melawan virus maut itu dan menjadi individu keempat di dunia yang sembuh dari HIV.
Tiga pesakit yang telah sembuh daripada HIV sebelum ini adalah pesakit lelaki.
Wanita itu yang juga penghidap kanser telah menerima rawatan untuk melawan kedua-dua penyakit ini dalam masa sama. Beliau disahkan menghidap HIV pada 2013 dan leukemia pada 2017.
Rawatan dilakukan dengan mencari penderma yang mempunyai mutasi luar biasa yang menjadikan mereka kebal daripada virus tersebut. Stem mutasi ini biasanya berasal dari Eropah utara dan hanya satu peratus daripada populasi itu mengalaminya.
Sebaik sahaja penderma ditemui, pemindahan tali pusat haploidentical dilakukan yang mana ia melibatkan darah tali pusat serta simsim tulang.
“Peranan sel-sel penderma dewasa adalah untuk mempercepatkan proses pengukuhan awal dan menjadikan pemindahan lebih selamat serta mudah,” kata salah seorang doktor, Dr. Koen van Besien.
Pun begitu, rawatan sel stem ini adalah amat berisiko tinggi menyebabkan kematian pesakit dan pakar tidak menggunakan kaedah ini keatas mereka yang masih boleh menguruskan HIV mereka melalui kaedah biasa. Rawatan ini juga difokuskan kepada individu yang berada di peringkat akhir diagnosis kanser dengan ramalan jangka hayat tidak panjang.
Terdahulu, individu pertama di dunia yang sembuh dari penyakit berkenaan adalah Timothy Ray Brown. Bagaimanapun beliau dilaporkan meninggal dunia tahun lalu akibat leukemia.
Sumber: [1], [2]