Kisah seorang wanita Indonesia yang bercinta dengan lelaki berkulit putih menjadi tular selepas kekasihnya itu dikatakan mirip watak Edward Cullen dari filem popular Twilight.
Ia dikongsikan menerusi akaun TikTok milik Yanti Christa Silaban (@/christasean) yang menceritakan mengenai pertemuannya dengan lelaki itu sehingga mereka akhirnya bertemu di Indonesia.
“Bermula dari berbual dengan lelaki New Zealand dalam aplikasi dengan Bahasa Inggeris biasa. Selepas 1.5 tahun kami berbual dan membuat panggilan video di alam maya dengan pelbagai suka dan duka kemudiannya,” coretnya.
“Eh, dia datang Indonesia guys. Sampai sekarang macam tak percaya akhirnya jumpa dia di dunia nyata,” sambung wanita itu lagi.
Dalam video tersebut, kelihatan Yanti sedang membuat panggilan video dengan seorang lelaki berkulit putih yang mana, selepas saling menghubungi antara satu sama untuk satu tempoh yang agak lama, lelaki itu datang menemuinya di Indonesia.
Memetik laporan Wolipop, kekasih Yanti itu bernama Sean Brook.
“Saya pertama kali bertemu Sean pada penghujung 2017 di aplikasi dating. Dan ia hanya sekadar suka-suka mencari pasangan untuk belajar Bahasa Inggeris,” katanya.
Lanjut Yanti lagi, dia pada mulanya tidak berhasrat untuk mencari pasangan warga asing.
“Tiada niat mahu bercinta dengan lelaki berkulit putih. Ya, mungkin perancangan Tuhan akhirnya bertemu,” tambahnya.
Selepas menjalinkan hubungan percintaan bersama, wanita yang berasal dari Sumatera Utara itu mengaku kagum terhadap personaliti Sean.
Menurutnya, Sean bukan sahaja baik hati tetapi juga matang.
“Sean pada asasnya seorang yang baik, seorang yang kuat agama, seorang yang penyayang dan matang. Selama empat tahun bercinta kami tidak pernah bergaduh. Dan tidak suka mencari masalah,” jelas Yanti.
Yanti turut berkongsi yang keluarganya menerima Sean dengan hati terbuka dan menyokong pilihannya.
Yanti juga berkongsi hubungan yang rapat dengan ibu dan adik perempuan kekasihnya itu.
Berikutan itu, pasangan itu berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan mereka di New Zealand.
“Untuk ke New Zealand sendiri, saya sudah uruskan pasport saya dari sekarang. Saya dah dapat. Saya tunggu visa, harap-harap hujung tahun atau awal tahun depan,” jelas Yanti dengan penuh semangat.
Turut tidak ketinggalan, Yanti sempat berkongsi tip bagi mengekalkan hubungan yang melalui cabaran language barrier.
“Tipnya cuma satu, cuma belajar Bahasa Inggeris dulu. Kalau nak hubungan yang baik, kenalah berkomunikasi dengan baik. Sebab dulu kami hampir putus kerana komunikasi kami yang tidak berapa baik,” jelasnya.
Sumber: [1]