Wanita Ini Kahwin Dengan Lapan Lelaki Tua Dan Lesap Dengan Harta Benda

wanita ini kahwin dengan lapan lelaki tua dan lesap dengan harta benda

Dalam tempoh sepuluh tahun, wanita dari Ghaziabad, Uttar Pradesh telah berkahwin dengan lapan orang lelaki yang boleh dikategorikan sebagai warga emas.

Kegiatannya wanita ini mula terbongkar apabila beliau mengahwini seorang kontraktor dari kawasan yang sama.

Alkisah bermula apabila lelaki tersebut kesunyian selepas kematian isteri dan beliau cuba mendapatkan pekhidmatan mencari jodoh. Tidak lama lepas itu, dia bertemu dengan seorang wanita bernama Monica.

Monica mendakwa dia seorang janda. Selepas beberapa minggu berkenalan mereka berkahwin. Hanya dua bulan berkahwin, perepuan itu lesap dengan wang dan barangan kemas milik lelaki itu bernilai 15 lakh rupee (sekitar RM8,491).

Laporan polis dibuat terhadap Monica dan hasil siasatan menyatakan bahawa wanita itu sudah menggunakan cara itu untuk beberapa lama bagi menipu lelaki yang mengahwininya.

Sumber: Times of India