Seorang wanita yang sedang mengetuai bacaan Al-Quran telah menemui ajal ketika sedang berada dalam masjid.
Kejadian berlaku di sebuah masjid di Bandung, Jawa Barat ketika wanita itu sedang membaca Al-Quran bersama jemaah wanita yang lain.
Dalam majlis berkenaan yang diadakan pada 9 April lalu, wanita itu yang lengkap dengan persalinan telekung putih pada mulanya dilihat sedang mengetuai bacaan Al-Quran.
Bagaimanapun wanita itu tiba-tiba berhenti membaca dan kelihatan tertunduk lemah.
Tidak lama kemudian, wanita itu jatuh terlentang ke belakang dan tidak sedarkan diri.
Para jemaah lain yang berada disitu kemudian membantu wanita itu dan mengucapkan dua kalimah syahadah.
Klip video kejadian itu menjadi tular di media sosial dengan rata-rata berasa cemburu dengan kematian wanita berkenaan kerana dijemput Illahi ketika sedang melakukan amal ibadah.
Sumber: Astro AWANI / Sinar Harian