Seorang wanita berusia 32 tahun ditemui maut selepas tiga hari terperangkap dalam sebuah lif di Uzbekistan.
Menurut laporan, ketika kejadian tiada seorang pun datang menyelamatkan mangsa, Olga Leontyeva, yang bekerja sebagai penghantar surat.
Mangsa dikatakan menjerit meminta pertolongan dari dalam lif di tingkat paling atas bangunan sembilan tingkat itu, namun tiada siapa yang mendengar suaranya.
Keluarga mangsa juga telah cuba menghubungi mangsa dan melaporkan kepada pihak berkuasa pada 24 Julai lalu mengenai kehilangan Olga yang tidak pulang dari kerja pada hari kejadian.
Selepas usaha pencarian dibuat, Olga ditemui mati dalam lif pada hari berikutnya.
Sebelum mayatnya ditemui, beliau dilihat menerusi rakaman CCTV bangunan memasuki lif tersebut menuju ke aras bawah. Namun, kelibatnya tidak lagi kelihatan selepas itu.
Hasil siasatan awal mendapati kejadian adalah berpunca daripada lif yang rosak tanpa disedari.
Sumber: Kosmo!