Wanita Dikecam Kerana 'Berposing' Di Depan Keranda Ayah Yang Baru Meninggal

Seorang model dari Florida bernama Jayne Rivera menjadi tular selepas dia memuat naik foto dirinya sedang bergambar seksi di hadapan keranda bapanya yang baru meninggal dunia.

wanita dikecam kerana 'berposing' di depan keranda ayah yang baru meninggal

Foto itu pertama kali dimuat naik oleh model tersebut menerusi Instagram peribadi miliknya @jayne_riveraa sebelum dikongsi semula di Twitter oleh akaun @MacMcCannTX.

Entri tersebut bagaimanapun telah dipadamkan di Instagram.

Dipetik dari NBC News, setelah menerima cemuhan atas tindakannya, model tersebut cuba mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa tindakan tersebut bukan untuk mengejek kematian ayahnya.

“Saya melayan sambutan itu seolah-olah ayah saya berada betul-betul di sebelah saya, bergambar di hadapan kamera seperti yang dilakukannya pada banyak kesempatan sebelum ini,” kata Jayne Rivera.

Dalam gambar tular tersebut, model berusia 20 tahun itu dilihat memakai gaun blazer berwarna hitam, bergmabar di hadapan keranda bapanya yang dihiasi dengan benda Amerika.

Dalam temu bual bersama NBC News, Rivera mendedahkan bahawa dia menerima respons negatif daripada orang ramai, tetapi dia juga menyampaikan pandangannya yang tersendiri.

“Dengan niat terbaik dalam cara yang ayah saya akan bersetuju sekiranya dia masih hidup,” jelas model tersebut.

“Semua orang menangani kehilangan orang tersayang dengan cara mereka sendiri, ada yang lebih tradisional manakala yang lain mungkin dianggap tabu,” kata Rivera.

“Bagi saya, saya melayan sambutan itu seolah-olah bapa saya berada betul-betul di sebelah saya, bergambar di hadapan kamera seperti yang pernah dilakukannya pada banyak kali sebelum ini,” tambahnya.

 

Sumber: [1]