Seorang wanita dari Florida telah dituduh menyerang dan cuba membunuh suaminya hanya kerana sekeping poskad yang diterimanya dari seorang wanita di Turki, kira-kira enam dekad yang lalu.
Bertha Yalter, berusia 71 tahun dari North Miami Beach, menghadapi tuduhan cubaan membunuh selepas didakwa menyerang suaminya dalam kemarahan.
Menurut laporan, Yalter cuba menindih suaminya yang sudah tua dengan bantal selepas mengetahui bahawa dia menerima poskad dari seorang wanita di Turki yang pernah dia temui kira-kira 60 tahun yang lalu.
Serangan itu berlaku di rumah pasangan itu di kawasan Eastern Shores North Miami Beach dan menyebabkan kecederaan pada kedua-dua lengan dan kawasan perutnya, serta kesan gigitan berdarah.
Menurut beberapa sumber, Bertha berasa marah setelah suaminya mengakui ada membalas poskad dari wanita Turki itu 60 tahun yang lepas. Peguam wanita itu memberitahu pasangan berkenaan kemudian terlibat dalam pertengkaran sebelum wanita berkenaan bertindak diluar kawalan dan akhirnya dipenjarakan.
Suami Bertha Yalter itu kini sedang pulih dari kecederaan dan cuba untuk mengeluarkan isterinya dari penjara. Berbeza dengan kenyataan asalnya, dia kini menafikan bahawa dia telah ditindih dengan bantal dan mengaku dia "baik-baik sahaja". Namun, polis mengatakan terdapat video rakaman yang digunakan sebagai bukti untuk menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.
Belum pasti sama ada Bertha masih berada di dalam penjara, tetapi andai dia dibebaskan kelak, mahkamah sudah memerintahkan Bertha untuk tidak mendekati suaminya itu untuk tempoh masa yang tidak dijelaskan.
Sumber: Oddity Central