Seorang calon pengantin wanita menjadi marah apabila mengetahu gaun yang tiba bukanlah gaun yang dipesannya.
Wanita itu kemudian menghantar kembali pesanan tersebut ke kedai dan meminta semula bayaran balik bagi gaun tersebut.
Tetapi, tidak dia tahu yang reaksi daripada kedai tersebut bakal menjadi sesuatu yang mengejutkannya.
Coret wanita yang tidak dikenal pasti identitinya itu di Facebook: “Dua minggu yang lalu, gaun pengantin saya tiba. Saya benar-benar kesal dengan penampilannya dan menghantar e-mel yang berbaur kemarahan kepada kedai tersebut serta ingin mengembalikannya.
“Saya mengambil foto saya memakai gaun itu dan memberitahu mereka bahawa itu bukan gaun yang saya pesan.
“Saya mendapat balasan daripada kedai tersebut, ‘Anda mengenakan gaun itu dari dalam ke luar, tolong pakai dengan betul’.”
Dia kemudian menambah bahawa dia tidak menyangka kedai itu akan menghantar gaun pengantin tersebut secara terbalik.
Wanita itu bagaimanapun menyedari kesalahannya dan berasa sangat malu mengenainya.
Sumber: [1]