Satu tinjauan yang dilakukan menerusi platform janji temu mendapati wanita di United Kingdom (UK) yang memelihara kucing sebagai haiwan peliharaan mereka adalah lebih cenderung untuk berlaku curang kepada suami masing-masing.
Laman platform IllicitEncounters menerusi tinjauan yang dilakukan keatas 1,400 isteri curang mendapati, 22 peratus daripada mereka mengakui memiliki kucing sebagai haiwan kesayangan.
.
Selain kucing, mereka yang memelihara ikan sebagai haiwan peliharaan juga berisiko curang dengan pasangan sebanyak 17 peratus.
.
Wanita yang memelihara anjing pula dikatakan paling setia kepada pasangan masing-masing kerana hanya 12 peratus sahaja daripada responden yang mengaku menduakan pasangan mereka.
.
“Kucing sangat berdikari jadi ia memberi saya lebih banyak masa untuk menjalin hubungan sulit.
“Mempunyai kekasih gelap memberi saya suntikan adrenalin untuk menikmati hidup,” kata seorang wanita yang bernama Camilla.
.
Sumber: [1]