Akibat Guna Wi-Fi Awam, Wang Simpanan RM1,000 Lesap

Wi-Fi merupakan salah satu rangkaian kawasan setempat tanpa wayar yang memudahkan kita untuk berhubung dengan sesiapa sahaja di dunia.

akibat guna wi-fi awam, wang simpanan rm1,000 lesap

Masa kini, perkhidmatan Wi-Fi disediakan di banyak tempat termasuklah kawasan awam seperti di restoran, ruangan menunggu dan banyak lagi.

 

Namun disebalik kemudahan perkhidmatan Wi-Fi awam ini, ada bahaya yang menanti pengguna kerana ia mampu mengakses akaun peribadi pengguna seperti perbankan jika ia tidak dikawal.

 

Satu pengalaman pahit telah dikongsikan seorang pengguna Twitter, Zakuan Zaidi apabila saudaranya menggunakan Wi-Fi di sebuah lapangan terbang, namun tidak semena-mena wang simpanannya lesap.

akibat guna wi-fi awam, wang simpanan rm1,000 lesap

Menurut beliau, akaun bank saudaranya itu telah digodam pihak tidak bertanggungjawab bagi membeli tiket penerbngan dari Hong Kong ke Bangkok.

 

Akibat daripada penggodaman itu, saudaranya kerugian RM1,000 daripada akaun banknya semasa menggunakan Wi-Fi di lapangan terbang.

 

Perkara sama turut terjadi kepada beberapa pengguna lain yang turut berkongsi situasi sama dengan kejadian ini.

 

“Betul, sama kes dengan saya semasa tunggu penerbangan dari Langkawi ke Kuala Lumpur, tiba-tiba dapat notifikasi bahawa wang dari akaun saya sudah dipindahlan ke akaun ketiga (akaun pengguna lain).

“Terus buat laporan dekat bank sekadar laporan sahaja la, wang hilang jangan ingat nak dapat balik,” kongsi Jue Hashim.

 

Antara tips bagi menggunakan Wi-Fi awam dengan selamat adalah seperti berikut:

1. Sahkan dahulu sambungan Wi-fi, tutup fungsi ‘Sharing Preferences’

2. Gunakan Virtual Private Network (VPN)

3. Pastikan pautan yang anda klik mempunyai domain HTTPS

4. Buka fungsi Firewall

5. Gunakan anti-virus untuk mengelakkan daripada terkena serangan virus semasa menggunakan Wi-Fi awam.

6. Untuk semua akaun anda, gunakan Two Factor Autentication.

7. Elakkan daripada berurus niaga atau menggunakan perkhidmatan perbankan semasa menggunakan Wi-Fi awam.

 

Sumber: Kosmo, GlobalSign