Wabak Legionnaires Dikesan Di Amerika Syarikat, Sebabkan Dua Maut

Amerika Syarikat melaporkan dua kes maut dan 14 lagi dimasukkan ke hospital selepas ia mengesan wabak penyakit Legionnaires di Lembah Coachella, selatan California.

wabak legionnaires dikesan di amerika syarikat, sebabkan dua maut

Jabatan Kesihatan Awam Riverside Country sedang menjalankan siasatan tentang beberapa kes penyakit Legionnaires yang dilaporkan di Palm Springs, Palm Desert dan komuniti di sekitarnya antara musim luruh 2021 hingga awal tahun 2022, menurut media tempatan.

“Punca penyakit berkenaan dan tahap penularan belum diperincikan,” jelas kenyataan rasmi jabatan itu.

Penyakit Legionnaires merupakan pneumonia tahap serius yang disebabkan bakteria Legionella, kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.

Seseorang itu boleh jatuh sakit apabila mereka bernafas udara yang mengandungi titis air atau secara tidak sengaja menelan air yang dicemari bakteria tersebut, seterusnya memasuki paru-paru.

Bagaimanapun, penyakit itu boleh dirawat menggunakan antibiotik dan menjangkiti dari manusia ke manusia lain.

“Kami mengesyorkan individu di kawasan yang dinyatakan, jika mengalami simptom seperti pneumonia, gangguan respiratori, demam, seram sejuk, batuk, pendek nafas, sakit otot dan sakit kepala, sila dapatkan rawatan kesihatan segera,” kata Dr Geoffrey Leung yang bertugas untuk jabatan berkenaan.

Difahamkan bahawa individu berusia 50 tahun ke atas dengan faktor risiko seperti perokok atau bekas perokok, sistem imun lemah, atau penyakit paru-paru kronik adalah lebih cenderung untuk terdedah kepada penyakit tersebut.


Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN