Virus Zika Boleh Sebabkan Wabak Baru, Penyelidik Kesihatan Beri Amaran

Penyelidik kesihatan dan para saintis di Amerika Syarikat (AS) memberi amaran tentang penularan baharu berskala wabak bagi virus Zika yang boleh berlaku hanya dengan satu mutasi varian asal.

.

Virus Zika telah menyebabkan situasi kecemasan perubatan global pada 2016 dengan beribu-ribu bayi dilahirkan dalam keadaan otak yang rosak selepas ibu mereka dijangkiti virus itu semasa hamil.

virus zika boleh sebabkan wabak baru, penyelidik kesihatan beri amaran

Ekoran itu, saintis mengingatkan dunia perlu berwaspada dan memerhatikan mutasi baharu daripada virus tersebut.

.

Dalam kajian yang diterbitkan jurnal Cell Reports, virus itu boleh beralih dengan mudah dan mencipta varian baharu. Varian itu terbukti berkesan untuk menyebarkan virus walaupun di negara yang telah membina imuniti wabak Zika sebelum ini.

.

Ia sekaligus memberi peringatan bahawa virus selain COVID-19 nyata boleh memberikan ancaman kepada manusia sekiranya ia tidak dikawal dari mula.

.

Virus Zika boleh merebak melalui gigitan nyamuk Aedes yang dijangkiti. Ia ditemui di seluruh Asia dan benua Amerika kecuali Kanada dan Chile.

virus zika boleh sebabkan wabak baru, penyelidik kesihatan beri amaran

Lebih membimbangkan, varian Zika yang dikenal pasti telah berkembang ke tahap di mana imuniti perlindungan silang yang diberikan oleh jangkitan denggi sebelum ini tidak lagi berkesan ke atas tikus makmal.

.

“Malangnya jika varian ini menjadi berleluasa, kita mungkin mempunyai isu yang sama dalam kehidupan sebenar,” jelas Ketua Penyelidikan, Profesor Sujan Shresta.

.

Sumber: [1]