Virus Mirip COVID-19 Dikesan Pada Kelawar Dekat China Undang Kebimbangan

Satu virus mirip COVID-19 telah dikesan pada kelawar dekat selatan China yang mana telah membuatkan ramai pakar berasa bimbang jika ia boleh menjangkiti manusia.

virus mirip covid-19 dikesan pada kelawar dekat china undang kebimbangan

Menurut laporan, virus yang dikenali sebagai BtSY2 itu mempunyai kaitan dengan SARS-CoV-2 yang mana sebelum ini ia menjadi punca wabak COVID-19.

 

Virus baharu itu adalah satu daripada lima jenis virus yang dibimbangi yang ditemui pada kelawar di Yunan dan berkemungkinan menjadi patogen kepada manusia atau haiwan ternakan.

virus mirip covid-19 dikesan pada kelawar dekat china undang kebimbangan

Kajian telah dijalankan oleh pakar-pakar di Universiti Sun Yat-sen, Insitut Kawalan Penyakit Endemik Yunnan dan Universiti Sydney, penyelidik kini sedang mengenalpasti kemungkinan virus itu merebak kepada manusia.

 

Yunnan telah dikenalpasti sebagai tempat tumpuan spesis kelawar dan virus yang dibawa haiwan itu.

 

Sumber: Dailystar