Seramai 35 orang di China dilaporkan telah dijangkiti virus baru, Langya henipavirus (LayV).
Memetik CNA, virus yang disebarkan daripada haiwan kepada manusia itu ditemui semasa pengawasan baru-baru ini terhadap pesakit demam yang mempunyai sejarah pendedahan haiwan di timur China.
Virus itu mula-mula dikenal pasti dalam sampel swab kerongkong salah seorang pesakit. 26 pesakit lain pula didapati mengalami gejala seperti demam, keletihan, batuk, sakit kepala, loya, muntah dan sakit otot.
Menurut CNA, kebanyakan pesakit tersebut adalah petani.
The Guardian turut melaporkan virus tersebut telah mula dikesan pada akihir 2018 di Shandong dan Henan.
Namun, ia hanya dikenal pasti secara rasmi oleh saintis minggu lalu.
Menurut media negara China iaitu Global Times, kes virus Langya setakat ini tidak membawa maut atau sangat serius.
Sumber: CNA