Virus Korona Berlebihan Yang Tidak Mampu Ditampung Paru-Paru Penyebab Kematian Pesakit COVID-19

Satu kajian terbaru mendapati bahawa jumlah virus korona yang tinggi dalam paru-paru seseorang itu merupakan penyumbang utama kepada kematian pesakit COVID-19.

virus korona berlebihan yang tidak mampu ditampung paru-paru penyebab kematian pesakit covid-19

Penemuan tersebut sekali gus mencabar teori sebelumnya bahawa jangkitan serentak seperti radang paru-paru atau tindak balas berlebihan sistem imun badan adalah faktor penting dalam kematian COVID-19, kata para penyelidik.

Bagi menyimpulkan penemuan itu, para penyelidik menganalisis sampel bakteria dan kulat dari paru-paru 589 pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital yang mengalami kesakitan parah dan memerlukan ventilasi mekanikal.

Rata-rata, pesakit yang meninggal dunia mempunyai 10 kali jumlah virus dalam saluran udara yang lebih rendah berbanding dengan mereka yang berjaya bertarung dengan virus terbabit.

“Penemuan kami menunjukkan bahawa kegagalan badan untuk mengatasi sebilangan besar virus yang menjangkiti paru-paru adalah sebahagian besarnya bertanggungjawab terhadap kematian dalam pandemik COVID-19,” terang penulis kajian utama, Dr. Imran Sulaiman yang merupakan profesor di Jabatan Kesihatan NYU Langone Health.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN