Virus COVID-19 Boleh Tahan Dan Aktif Sehingga 9 Jam Pada Kulit

virus covid-19 boleh tahan dan aktif sehingga 9 jam pada kulit

Ramai yang tertanya-tanya kenapa kita perlu kerap membasuh tangan.

Ok, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh pengkaji dari Jepun mereka menemui virus corona boleh bertahan dan aktif sehingga 9 jam pada kulit manusia. Jadi, inilah sebab utama mengapa kita semua disarankan untuk kerap membasuh tangan.

Sepanjang 9 jam itu juga, risiko untuk virus tersebut berpindah pada orang lain sangatlah tinggi. Hanya dengan sedikit sentuhan virus tersebut boleh merebak pada orang lain.

Kajian ini dijalan melalui specimen yang diambil daripada orang yang terkorban akibat virus ini. Mereka megambil kulit mayat tersebut yang baru meninggal sehari.

Penemuan lain yang ditemui oleh pengkaji adalah coronavirus dan virus selsema menjadi tidak aktif selepas 15 saat menggunakan ethanol. Untuk pengetahuan korang ethanol ni antara bahan yang digunakan dalam hand sanitizer. Jadi, gunalah hand sanitiser tu sebaiknya.

Sumber: Daily Express