Bungkusan Buah Durian Dari Thailand Dicemari COVID-19

Beberapa pegawai kesihatan China memaklumkan virus COVID-19 telah dikesan pada bungkusan buah durian dari Thailand ketika melalui pusat pemeriksaan di Mohan, iaitu sempadan di China.

bungkusan buah durian dari thailand dicemari covid-19

Menurut laporan, virus COVID-19 itu ditemui pada trak dan juga permukaan pembungkusan.

.

Namun, tiada sebarang penjelasan diberi tentang bagaimana perkara itu boleh berlaku serta tindakan susulan yang diambil mereka.

.

Ekoran itu, Gabenor Wilayah Chanthaburi di Thailand, Suthee Thongyaem telah mengarahkan peniaga buah-buahan untuk patuh kepada langkah kawalan penyakit dan pekerja mereka mesti melakukan ujian calitan COVID-19 secara berkala.

.

“Pemeriksaan rutin Covid-19 bagi pekerja mesti dilakukan oleh pihak berkuasa sebelum sebarang penghantaran dilakukan.

“Ini kerana jika pihak berkuasa di luar negara mengesan terdapat jangkitan, sela masa tiga hari akan dikenakan sebelum proses penghantaran diteruskan,” katanya.

.

Thailand kini sedang mengambil langkah berjaga-jaga bagi membendung jangkitan yang didakwa pihak berkuasa China. Malah, agensi yang bertanggungjawab terhadap barangan import juga perlu lebih teliti terutamanya jika melibatkan produk yang dihantar ke negara terbabit.

.

Menurut Pengarah Pejabat Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian, Chonlatee Numnoo berkata, kira-kira 25,000 tan durian atau empat peratus daripada jumlah pengeluaran durian Thailand dihantar ke China.

.

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN