Kumpulkan Semua Virus COVID-19 Di Dunia Ketika Ini Boleh Muat Dalam Satu Tin

Siapa sangka, virus COVID-19 yang menjadi ancaman dunia ketika ini jika dikumpulkan semuanya boleh dimuatkan dalam satu tin minuman.

kumpulkan semua virus covid-19 di dunia ketika ini boleh muat dalam satu tin

Memetik laporan dari Reuters, perkiraan itu adalah hasil kajian pakar Matematik dari British, sekali gus menunjukkan betapa dahsyatnya masalah ini kerana partikel virus itu adalah sangat halus.

 

Pakar matematik Universiti Bath, Kit Yates, membuat jangkaan bahawa terdapat sehingga dua quintilion, atau dua bilion bilion, partikel virus SARS-CoV-2 di dunia pada satu-satu masa.

 

Beliau menganggarkan purata saiz virus berkenaan kira-kira 100 nanometer dengan mengambil kira juga isipadu virus berkenaan.

 

"Sangat mengagumkan apabila memikirkan bahawa semua masalah itu, gangguan ini, keperitan ini, dan setiap nyawa yang terkorban sejak tahun lalu, berpunca daripada suatu yang amat sedikit," kata Yates dalam satu kenyataan.

 

Sumber: Astro Awani / Reuters