Virus COVID-19 Tak Mungkin Dari Makmal Di China – WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelaskan, dakwaan virus COVID-19 berasal dari makmal di Wuhan dekat wilayah Hubei, China adalah tidak berasas dan tidak munasabah.

virus covid-19 tak mungkin dari makmal di china – who

Kenyataan itu dikeluarkan selepas 17 pakar China dan 17 pakar asing melakukan penyelidikan di Wuhan mengenai penularan asal usul COVID-19 bermula 14 Januari hingga 10 Februari lepas.

 

Sebelum ini beberapa ahli politik dan media anti-China mendakwa wujud keraguan dalam kenyataan WHO, malah turut menolak laporan berkenaan dengan tujuan memburukkan peranan China dalam kajian terbabit.

virus covid-19 tak mungkin dari makmal di china – who

“Saya rasa saiz laporan berkenaan serta jumlah bahan yang digunakan selain hasil kajian, analisis dan data yang diperolehi membuktikan kerjasama yang dijalin,” kata ketua pasukan pakar kajian WHO-China, Peter Ben Embarek.

 

China pada bulan lepas menjemput pakar WHO sebanyak dua kali bagi melakukan kajian mengenai asal usul virus COVID-19 yang didakwa berpunca dari Wuhan itu.

 

Sumber: Astro Awani