Viral Wanita Indonesia Kahwin Dengan Lee Min Ho

Seorang wanita kelahiran Indonesia menjadi tular di media sosial baru-baru ini selepas mengahwini pasangannya yang bernama Lee Min Ho, yang juga merupakan nama kepada selebriti popular Korea Selatan.

viral wanita indonesia kahwin dengan lee min ho

Video pernikahan wanita asal Batang, Jawa Tengah dengan lelaki bernama Lee Min Ho itu tular selepas ia dimuat naik di akaun Instagram @pekalonganinfo.

Dalam video itu, terlihat tok kadi sedang mengijab kabulkan dan bersalam dengan pengantin lelaki dalam majlis nikah yang bertemakan serba putih.

viral wanita indonesia kahwin dengan lee min ho

Menurut info yang dikongsikan akaun Instagram itu, lelaki tersebut merupakan seorang warga Korea yang memang memiliki nama sama dengan selebriti Korea, Lee Min Ho.

Lee Min Ho yang dikenali dalam kalangan kebanyakan penduduk Asia termasuk Indonesia adalah pelakon dari Korea Selatan yang popular menerusi wataknya sebagai Gu Jun Pyo dalam drama bersiri, Boys Over Flowers pada 2009.

Manakala Lee Min Ho yang tular selepas berkahwin dengan wanita itu pula ialah lelaki Korea yang merupakan anak kepada pasangan Lee Jae Yeol dan Seo Gyeong Sun.

“Anak lelaki Encik Lee Jae Yeol, saya nikahkan dan kahwinkan engkau, dengan Puput Norma Destya, puteri Encik Putut Sudharta Almarhum, dengan wali saudara kandungnya, Febria Sansy Arinta, yang telah mewakilkan kepada saya, dengan mas kahwin satu unit apartmen, sebuah kereta Hyundai, dan 15 gram berlian, dibayar tunai,” kata tok kadi dalam video yang dimuat naik di Instagram itu.

“Saya terima nikah dan kahwinnya Puput Norma Destya binti Putut Sudharta untuk diri saya sendiri dengan mas kahwin tersebut,” jawab lelaki bernama Lee Min Ho itu.

“Sah?” tanya tok kadi.

“Sahhhh,” jawab saksi dan tamu undangan majlis tersebut.


Sumber: [1]