Viral Video Pengantin Perempuan Menangis Saat Bekas Kekasih Naik Ke Pelamin Di Indonesia

viral video pengantin perempuan menangis saat bekas kekasih naik ke pelamin di indonesia

Viral di media sosial akan sebuah video yang menunjukkan pengantin perempuan menangis semahu-mahunya apabila bekas kekasihnya datang ke majlis perkahwinan.

Keadaan menjadi parah apabila kekasih yang dikenali sebagai Dayat dari Lombok Barat itu naik ke atas pelamin untuk bertemu dengan kedua mempelai. Ketika Dayat memeluk pengantin lelaki, pengantin perempuan mula menangis dan membuatkan keadaan menjadi huru-hara.

Akibatnya, Dayat telah diminta untuk turun dan pelamin dan meninggalkan majlis itu.

Menurut laporan Kompas, Dayat hadir ke majlis tersebut kerana mendapat undangan daripada keluarga tersebut. Tidak langsung dia berniat untuk menimbulkan kekecohan dalam majlis itu.

"Niat saya baik datang ke sana, malah saya rela lho dari Lombok Barat sampai Lombok Timur, demi melihat kedua mempelai bahagia tersenyum manis keluar dari bibirnya, dan saya juga ikut senang jika dia senang atau bahagia," kata Dayat.

Kalau korang macam mana? Sanggup tak tengok bekas kekasih datang ke majlis perkahwinan?

Sumber dan gambar: KOMPAS