Video Kereta Terlanggar Penunggang Basikal Di Jalan Dengkil, Polis Jelaskan Punca Sebenar

Baru-baru ini, tular satu video menunjukkan dua penunggang basikal telah dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta di Jalan Dengkil, dekat Kota Warisan, Sepang.

video kereta terlanggar penunggang basikal di jalan dengkil, polis jelaskan punca sebenar

Kejadian berlaku pada Ahad (27 Ogos) sekitar jam 7.15 pagi dipercayau berlaku kerana pemandu kereta terleka ketika memeriksa mesej daripada aplikasi e-hailing pada telefon bimbitnya.

 

Pemandu kereta yang berada pada lorong kiri dari arah Kajang menuju ke KLIA, telah melanggar sebuah basikal dari bahagian belakang, menyebabkan penunggang basikal itu melanggar seorang lagi penunggang basikal lain sebelum mereka terjatuh atas jalan.

 

@getaranmy Kejadian sekumpulan penunggang basikal dilanggar oleh sebuah kenderaan dari belakang. Ia mungkin berpunca daripada penunggang basikal yang menunggang basikal di tengah-tengah laluan kenderaan #GetaranMY #Semasa #beritatiktok #TERKINI ♬ original sound - Getaran

 

"Ketika sampai di Jalan Dengkil, Kota Warisan, pemandu kereta yang berada di lorong kiri telah terima mesej daripada aplikasi e-hailing di telefon bimbit dan bertindak memeriksa mesej tersebut.

"Semasa memeriksa mesej tersebut, pemandu kereta telah terlanggar belakang sebuah basikal dan kemudian basikal itu terlajak ke hadapan terlanggar seorang lagi penunggang basikal yang lain.

"Akibat kemalangan tersebut, kereta itu mengalami kerosakan di bahagian bumper dan bonet hadapan, manakala kerosakan penunggang basikal di bahagian tayar serta rim belakang," kata Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof yang mengesahkan menerima laporan dan keterangan daripada pemandu kereta dan seorang penunggang basikal terlibat.

 

Sumber: Sinar Harian