Viral Video Buaya Cuba Makan Penyu Perhiasan

viral video buaya cuba makan penyu perhiasan

Seorang penghuni terkejut melihat rakaman CCTV apabila memaparkan seekor buaya cuba menangkap gambar penyu yang tersangkut pada beranda rumahnya.

Video yang dikongsi oleh Crawford B Lewis itu menunjukkan haiwan reptilia itu memanjat kerusi dan cuba untuk ‘membaham’ penyu hiasan tersebut.

Namun, buaya tersebut gagal dan turun semula dari kerusi sebelum melanggar pasu bunga. Menurut Lewis, dia dapat merasakan kehadiran sesuatu di hadapan rumahnya. Dia berasa sangat terkejut apabila mendapati seekor buaya dengan saiz besar yang berada di hadapan rumahnya.

"Saya bersyukur tidak bangun pada jam 5.30 pagi dan tidak terus membuka pintu depan rumah," katanya.

Video rakaman tersebut telah viral dan mendapat lebih 36,000 tontonan di Twitter.

Sumber: Sinar Harian